Friday, December 4, 2009

Gegaran melanda....akibat manusia@amaran dariNya?



Gempa bumi lemah terbaru di Kuala Pilah 2.30 petang tadi

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, jam 2.30 petang tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyatannya berkata, gempa bumi itu berpusat di 22 kilometer (km) di timur Seremban dan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.

Kejadian gempa bumi pertama berlaku 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini, menurut kenyataan itu.

Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah.

Menurut kenyataan itu, kejadian gempa bumi lemah adalah kesan daripada gempa bumi kuat yang berlaku di Indonesia baru-baru ini.(Dipetik dari Berita Harian)



Bagaimana terdapat pergerakan bumi di Kuala Pilah? Sebelum ini kita terdengar ada pergerkan bumi di Bukit Tinggi, Pahang dan yang terbaru di Kuala Pilah..Semua ini kuasa Allah. Mungkin Allah hendak memberi amaran kepada kita supaya lebih beringat dan bertakwa kepadaNYA. Sebagaimana yang kita tahu, Malaysia adalah negara yang terkecuali dari lingkaran gempa,sekarang sesudah bumi dipercayai berusia berkurun-kurun lamanya.Islam juga telah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga alam sekitar. Perkara ini sering diberi peringatan oleh Allah s.w.t. dalam banyak bentuk seperti mengajak manusia berfikir akan kejadian alam dan dikaitkan dengan apakah kesudahan yang akan menimpa manusia sekiranya tuntutan menjaga alam sekitar diabaikan. Khususnya bagi manusia yang mempunyai sifat tamak dan keinginan mengejar kemajuan ekonomi serta pembangunan sehingga sanggup mengadai dan mengenepikan soal kepentingan menjaga pemuliharaan alam sekitar.

Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap benca alam yang berlaku adalah kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini, al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia. Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 :


Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Marilah kita bersama-sama menjaga alam kurniaan Allah Taala di samping tidak lupa untuk berdoa agar kita dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana alam.

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)


Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

  • Asas Penentuan Standard Dan Keperluan
Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:
  • Misi Nasional
Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
  • meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
  • meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,
  • menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,
  • meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
  • mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

  • Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
  • Tatasusila Profesion Keguruan
Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.

Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.

IDevice Icon Komponen SGM
Show Rajah 1 Image
Rajah 1



Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.


Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.


Keperluan 3: Kolaborasi

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Kelam kabut

Hari ini hujan turun dengan lebatnya sejal awal pagi lagi..Biasanya mmg aku kunci jam pukul 5.45 pagi tapi sbb hujan turun mcm syok jer layan selimut n bantal...Alih2 Pukul 6.30 pagi baru bangun..Apalagi...kelam kabut la sembahyang subuh n mandi. Pagi ni pergi first check up di Klinik DBKL...Wah...sampai2 je lenggang gile sebab hujan kot. Pukul 9.30 pagi baru gerak ke office n terus masuk kelas blog ni...apa lagi yea nak tulis...nantikan entri seterusnya. Dalam entri seterusnya ada dipaparkan tentang Standard Guru Malaysia. Bacalah..

Thursday, December 3, 2009

Seronok...sedih

Setelah hampir sebelas bulan meninggalkan jabatan, kini aku kembali semula sbb aku ambik cuti belajar tanpa gaji...Sementara menunggu surat lantikan dari SPP aku dok lah jabatan lama. Pelbagai perasaan seronok ada, sedih pun ada. Seronok jumpa kawan2 lama tapi sedih sbb kene tinggalkan anak kat rumah ngan husb. Rasa macam aku ni ibu tak bertanggungjawab pulak. Tapi apa nak buat, cuti sekolah yang akan datang, harap aku akan berada di rumah menemani anak2. Cepatlah masa berlalu maybe aku dapat posting bulan 3 tapi...tak tau nak cakap lagi...Tunggu je lah. Harapan aku proses aku dipercepatkan dan dipermudahkan...doakanlah yea.
Kursus Blog...terlupa pass word

Malang....apa nak jadi ngan aku. Tulah orang tue2 kata jangan makan kepala ikan dah lupa ini lupa itu, hai nampaknya aku kene makan lebih vitamin..
Hari ni hari keempat berada di jabatan semula...wah macam org baru segala2nya tak ingat. Ok gi dulu nanti cikgu Has marah pulak. Walaupun aku ada blog sendiri tapi aku masih mahu belajar, belajar dan belajar. Proses pembelajaran tak akan berhenti selagi kita masih bernyawa..

Ok sekian dulu, nantikan entri seterusnya.......zaaassssssss