Friday, December 4, 2009

Gegaran melanda....akibat manusia@amaran dariNya?



Gempa bumi lemah terbaru di Kuala Pilah 2.30 petang tadi

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, jam 2.30 petang tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyatannya berkata, gempa bumi itu berpusat di 22 kilometer (km) di timur Seremban dan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.

Kejadian gempa bumi pertama berlaku 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini, menurut kenyataan itu.

Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah.

Menurut kenyataan itu, kejadian gempa bumi lemah adalah kesan daripada gempa bumi kuat yang berlaku di Indonesia baru-baru ini.(Dipetik dari Berita Harian)



Bagaimana terdapat pergerakan bumi di Kuala Pilah? Sebelum ini kita terdengar ada pergerkan bumi di Bukit Tinggi, Pahang dan yang terbaru di Kuala Pilah..Semua ini kuasa Allah. Mungkin Allah hendak memberi amaran kepada kita supaya lebih beringat dan bertakwa kepadaNYA. Sebagaimana yang kita tahu, Malaysia adalah negara yang terkecuali dari lingkaran gempa,sekarang sesudah bumi dipercayai berusia berkurun-kurun lamanya.Islam juga telah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga alam sekitar. Perkara ini sering diberi peringatan oleh Allah s.w.t. dalam banyak bentuk seperti mengajak manusia berfikir akan kejadian alam dan dikaitkan dengan apakah kesudahan yang akan menimpa manusia sekiranya tuntutan menjaga alam sekitar diabaikan. Khususnya bagi manusia yang mempunyai sifat tamak dan keinginan mengejar kemajuan ekonomi serta pembangunan sehingga sanggup mengadai dan mengenepikan soal kepentingan menjaga pemuliharaan alam sekitar.

Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap benca alam yang berlaku adalah kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini, al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia. Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 :


Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Marilah kita bersama-sama menjaga alam kurniaan Allah Taala di samping tidak lupa untuk berdoa agar kita dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana alam.

No comments:

Post a Comment